Monday, July 24, 2017

Pengalaman bersalin kali kedua


Malam tu aku rasa semacam je, 

"Dy, nape malam nie rasa lain macam jeeee.... "

" Haaaa pukul 1-2 pagi nanti awak sakit nak bersalin lahhh tuu !!!"

"Dy, jangannnn... Barang nak bawak pegi hospital tak kemas lagiiii... !-!"

Dan memang betul pun apa yang Zam cakap, pukul 1.30am aku rasa something. Rasa macam nak kena gastrik pun ada mula-mula tu. Aku relaks lagi... Malas nak amik pot sangat. Aku sambung tido. Time tu aku fikir yang aku penat sebab siang tu ada kenduri kat rumah.



Pukul 3 pagi aku terkejut lagi. Aku dah mula rasa sakit da. Aku kira timing dia. Haaa time ni lah bergunanya apa yang aku belajar dengan google. Hehe .... Sampailah pukul 4 pagi, aku dah rasa sakit yang buatkan aku menggigil. Time Anyssa dulu aku boleh gelak-gelak serah diri kat hospital sebab overdue. Haaa kali ni memang betul-betul merasa !!!


Sebab dah tak tertahan sakit pukul 5.30 pagi aku kejut zam !!! Dia pun penat sangat. So tak sedarlah aku duk sakit perut sampailah aku kejutkan dia. Dalam mamai-mamai dia boleh fikir aku main-main !! Tapi bila dia tengok muka dah berkerut tu dia tanya "Nak pegi hospital tak ???"

Selamba je aku jawab "kejap lagilahhh ". Memang aku tak nak pegi awal-awal sebab aku serik jadi experiment dorang !!!!

Sampailah pukul 7.30 pagi aku memang dah tak tahan. Then aku ajak dia pegi hospital. Masa tu aku dah rasa contraction setiap 5 - 10 minit. Aku cakap kat zam nak mandi dulu. Time aku mandi zam kejutkan angah and mama. Aku keluar toilet dorang tanya ada darah ke lendir ke. Aku cakap tak de, tapi dah sakit setiap 5minit. Terus mama suruh angah buatkan milo and telur separuh masak. Bila rasa sakit mengatasi segalanya, nak telan makanan pun payah. Aku borak-borak dengan mama and angah moga-moga kurang rasa sakit tuuu... Hehehe time tu jugaklah akak aku ateh tolong keluarkan barang-barang nak bawak pegi hospital. Harap akuuu ???? Hampehhhh, konon mood tak sampaiii lagi. Padehal berat hati nak tinggalkan Anyssa !_! Haaa nampak tak feeling mak-mak dah sampai.... Hehehe


---------------Continue part 2---------------





3 comments:

  1. Assalamualaikum. Wahh taniah2 emma. Bersalin dah ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam, aah selamat dah 14/5 aritu :-)

      Delete
  2. macam saya dulu jugak.
    berat hati nak tinggalkan anak..
    Janji Kita

    ReplyDelete

Ala... janganlah pandang jer keyboard yang mahal tu.. meh komen-komen kat blog nie!!!