-->

Google+ Followers

Monday, July 24, 2017

Pengalaman bersalin kali kedua


Malam tu aku rasa semacam je, 

"Dy, nape malam nie rasa lain macam jeeee.... "

" Haaaa pukul 1-2 pagi nanti awak sakit nak bersalin lahhh tuu !!!"

"Dy, jangannnn... Barang nak bawak pegi hospital tak kemas lagiiii... !-!"

Dan memang betul pun apa yang Zam cakap, pukul 1.30am aku rasa something. Rasa macam nak kena gastrik pun ada mula-mula tu. Aku relaks lagi... Malas nak amik pot sangat. Aku sambung tido. Time tu aku fikir yang aku penat sebab siang tu ada kenduri kat rumah.



Pukul 3 pagi aku terkejut lagi. Aku dah mula rasa sakit da. Aku kira timing dia. Haaa time ni lah bergunanya apa yang aku belajar dengan google. Hehe .... Sampailah pukul 4 pagi, aku dah rasa sakit yang buatkan aku menggigil. Time Anyssa dulu aku boleh gelak-gelak serah diri kat hospital sebab overdue. Haaa kali ni memang betul-betul merasa !!!


Sebab dah tak tertahan sakit pukul 5.30 pagi aku kejut zam !!! Dia pun penat sangat. So tak sedarlah aku duk sakit perut sampailah aku kejutkan dia. Dalam mamai-mamai dia boleh fikir aku main-main !! Tapi bila dia tengok muka dah berkerut tu dia tanya "Nak pegi hospital tak ???"

Selamba je aku jawab "kejap lagilahhh ". Memang aku tak nak pegi awal-awal sebab aku serik jadi experiment dorang !!!!

Sampailah pukul 7.30 pagi aku memang dah tak tahan. Then aku ajak dia pegi hospital. Masa tu aku dah rasa contraction setiap 5 - 10 minit. Aku cakap kat zam nak mandi dulu. Time aku mandi zam kejutkan angah and mama. Aku keluar toilet dorang tanya ada darah ke lendir ke. Aku cakap tak de, tapi dah sakit setiap 5minit. Terus mama suruh angah buatkan milo and telur separuh masak. Bila rasa sakit mengatasi segalanya, nak telan makanan pun payah. Aku borak-borak dengan mama and angah moga-moga kurang rasa sakit tuuu... Hehehe time tu jugaklah akak aku ateh tolong keluarkan barang-barang nak bawak pegi hospital. Harap akuuu ???? Hampehhhh, konon mood tak sampaiii lagi. Padehal berat hati nak tinggalkan Anyssa !_! Haaa nampak tak feeling mak-mak dah sampai.... Hehehe


---------------Continue part 2---------------





www.tips-fb.com

Friday, February 24, 2017

Avilion Legacy Melaka mengecewakan !!

Assalamualaikum uoals,

Baru-baru ni aku sempatlah bercuti dengan keluarga kecik aku ke Melaka. Mula-mula aku dengan zam ingat nak booking Hotel The Pines atau The Shore. Tapi ntah kenapa ataupun leka sikit tengok keunikkan bangunan hotel Avillion Legecy nie yang ala-ala heritage dan pergi pulak bercuti kat negeri bersejarah kan !!! 

Kenapa aku boleh cakap ianya salah satu hotel yang mengecewakan dan tak setanding pun dengan 4 star hotel yang lain !!! Tuuu diaaa... Okay, aku boleh explain kat korang kenapa walaupun ada banyak bad review jugak pasal hotel nie. Tak payah nak google sangatlah. 


1) Unwelcome visitor
Di mana waktu korang park kereta depan lobby hotel pun memang tak ada staff yang akan sambut korang !!! Even pak guard pun akan buat korang rasa, eh boleh ke tak parking kereta kat sini ??? 

2) Bell boy hanya pandang korang angkut berbeg-beg tanpa ada rasa nak membantu. 

3) Front desk yang kurang mesra
Korang sampai je kat reception counter, jangankan senyum.. Greetings pun tak ada tau !!! Zam pulak yang duk tanya itu ini untuk dapatkan info tau tak !!! 

4) Hotel untuk corporate !! Not for family !! 
Once zam tengah register, aku melayan Anyssa. Biasalah bila kanak-kanak teruja tengok something new mestilah berlari-lari sambil ketawa. Then a few people kat situ pandang kteorang semacam je. Cara pandang macam "eh, kteorang ada duitlah nak bayar hotel mahal-mahal!!!"

5) Keluar je lift, on the way nak ke bilik. Walkway agak sunyi dan suram. At least pasanglah speaker then mainkan lagu Kenny G ke, ok jugak. Sampaikan Anyssa pun cakap " daddy, takutlah..." oh ya, carpet walkway agak smelly. Bau kasut or stoking something. 

6) Condition bilik memang tip top. Walaupun a few furniture dah lama then dorang cover pakai glass. Hahahaha don't talk with interior designer okay !!!! So far okay lah, tak menganggu pun.

7) Cadar, bantal, selimut agak berbau. Means bau kepala orang !! Haaa macam dorang tak cuci pun benda-benda tu. Just kemaskan je. Aku dengan zam tido, bantal alas dengan kain !!! 

8) Breakfast no variety
Bayar mahal-mahal tapi breakfast simple nyaaa... !! Aku pegi hotel 3star kat Pd before this pun breakfast kemain meriah. Then nak makan pun tak de nak cover-cover. Even sudu dengan pinggan berlaga pun staff akan pandang. Aipppp 

Haaaa, tu je lah aku nak complained pasal hotel nie. Tapi part yang paling best adalah Swimming pool dia !!! Aku bagi 5 star... Hahahha sebab haritu kteorang je yang conquer swimming pool tu. Hahahah tak ada orang pun !!! 


www.tips-fb.com