-->

Monday, March 23, 2015

Akar Bunga Siti Fatimah



Assalamualaikum uoals,


Alhamdulilah dah genap 38 weeks usia baby dalam perut nie.  Bermakna sekarang nie tangah tunggu hari je si kecik nie nak keluar dah !! huwaaa dalam rasa tak sabar and teruja tuu mestilah ada perasaan yang sukar nak emma cakap kat korang !! Rasa macam takut, seram, berbelah bahagi.. Yerlah kita kan nak berjihad ke jalan Allah !! Tapi cukup bersedia ke ???

" Seorang wanita yang mengandung, para malaikat akan sentiasa mendoakan untuk wanita tersebut "

Dah 38 weeks nie, sometimes tu ada jugak rasa sakit-sakit yang fake.  Intro sebelum sakit bersalin !! haaaa kadang-kadang tu bila perut tengah mengeras, mulalah rasa sakit kat perut and ari-ari.  Tapi sejak baby dah mula engage nie memang selalu sakit kat ari-ari.  Part yang paling tak best bila time nak tido. Mulalah rasa tak selesa, pusing kiri sakit, pusing kanan sakit, telentang pun sakit jugak !! Sudahnya tido duduk atau sandarkan bantal kat belakang then gosok-gosok perut konon-konon pujuk baby suruh duduk baik-baik ^_^ 

Semalam lepas keluar toilet, rasa sakit and tak selesa sangat !!! Terus cakap kat mama then mama suruh rendam " akar bunga siti fatimah ". Rendam dalam air suam kejap je tengok dah kembang macam tuuu... tapi mama cakap  belum masa lagi sebab dia tak kembang habis lagi !! 



Lepas post dalam facebook gambar nie, berduyun-duyun mesej masuk pesan jangan minum air akar nie lagi if constraction tak kuat lagi... hehehhehehe thanks untuk nasihat korang semua.

Pernah jugak baca kat facebook pasal akar nie, kebanyakkan doctor tak galakkan penggunaan akar nie. Tapi ada yang galakkan. Tapi tengok, orang tua-tua memang amalkan akar nie.  Dorang jadikan air selusuh dengan harapan urusan bersalin di permudahkan. InsyaAllah.  Lagipun akar nie kan dari Mekah !! pasti ada khasiatnya kan ??? 

Doakan segalanya di permudahkan yer......




www.tips-fb.com

2 comments:

  1. semoga dipermudahkan segalanya sis.. Aminn..

    ReplyDelete
  2. akak pun ade bl akar ni tapi tak guna pun lagi just minum minyak kelapa dara jerk. Akak baru 37weeks, semoga dipermudahkan semuanya ye...:)

    ReplyDelete

Ala... janganlah pandang jer keyboard yang mahal tu.. meh komen-komen kat blog nie!!!