-->

Wednesday, March 5, 2014

Bride to Be ~ Kursus Pra-Perkahwinan



Assalamualaikum uoals,


Bride to be in da house :) 

Dah lama  tak berblog, entry asyik simpan dalam draft je. Sekali keluar, hope korang tak jemu nak baca :)

Kononnya nak amik kursus Pra - Perkahwinan kat Masjid Negara, Semangatlah duk booking secara online. Mentang-mentang semua nya di hujung jari, "Hanya satu Klik semua boleh jadi !!" Betul tak ??? Lastly, sehari sebelum kursus, dapat mesej lokasi kursus di tukar ke Pusat Perkahwinan Wanis kat Jalan TAR (Sebelah Lotus Restaurant).  Dengan yuran pendaftaran RM 80, korang akan dapat makan roti canai dan teh tarik untuk minum petang dan breakfast, Lauk Ayam, curry and sayur serta air sirap limau untuk lunch :) alhamdulilah.

Sesi kursus dari Sabtu (2.30pm - 7 pm) Ahad (9.00am-6pm).  Sampai je kat tempat kursus,  Mak aiii kemain ramai pulak manusia yang duk berkursus.  Ada yang memang nak kawin.  Ada yang saja-saja je datang.  Macam-macam orang ada Tua, Muda...daan kebanyakkannya adalah yang bergelar student.  Dah lah tak de geng !! tapi tetiba mulut nie rajin pulak duk tegur sorang perempuan nie, cun jugaklah... sopan, lemah lembut and pemalu jugak orang nya.  Student UITM Shah Alam, tengah buat Master on Fizik..Mastura namanya. Sepanjang dua hari tu  emma, tunang, Mastura and tunang dia berempat je la. Makan ke time rest ke, time solat ke, sama-sama buat !!! Tapi sayangnya, dua hari duk lepak sama-sama. Masing-masing lupa nak tukar contact number. Sudahnya, terputus dah hubungan kteorang :(

Lepas register je... kteorang dapat file and dalam file tu ada satu buku, katalog, and pen !!!  Rasanya lepas nie dorang kena letakkan gula-gula sekali !!!  Biasalah kalau dah duduk lama-lama dengar ceramah ustaz-ustaz nie  Confirm korang rasa sangat mengantuk !!!  Ada penceramah yang memang best bila dia bagi ceramah !!  Buat semua tak kering gusi... kemain nak gelak jer !!  Mana tak nya, main lepas je dia cakap...
Lebih-lebih lagi isu first night !!! wahhhh kemain ekkk.  Yang lelaki kemain gelak...  Yang perempuan ada yang malu-malu...  Emma ??? hahahaha buat tak de perasaan je !!!  Tapi bila tang penceramah yang membosankan.....  Korang confirm rasa nak tidur dah time tu...  Mulalah ada yang main hp...Ada yang sempat lagi main Candy Crush... kemain kaw bile dengar "sweet...sweet...sweet "



www.tips-fb.com

No comments:

Post a Comment

Ala... janganlah pandang jer keyboard yang mahal tu.. meh komen-komen kat blog nie!!!